Sewaktu masa junjungan besar nabi Muhammad s.a.w bersama dengan Ibnu Abas dan sahabat yang lain. Baginda pernah bersabda yang bermaksud: "Hendakkah kamu semua mendengar sesuatu tentang manusia yang paling jahat disisi Allah?"
Ibnu Abas dan sahabat yang lain menjawab: "Beritahulah kami wahai Rasulullah, kami semua ingin mengetahuinya siapakah mereka". Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Mereka ialah seseorang yang meminta dengan nama Allah tetapi tiada siapa pun memberinya, sedangkan mereka mampu berbuat demikian".
Sebagai seorang manusia kita akan sentiasa diuji dengan berbagai dugaan oleh Allah SWT tidak kira siapa kita yang pasti keadaan terdesak itu pasti akan mengundang masalah dan memerlukan pertolongan dari seseorang. sewaktu berada dalam keadaan genting dan amat memerlukan pertolongan seseorang muslim yang bertakwa dan yakin dengan ketentuan Ilahi langkah pertama yang mesti dilakukan ialah dengan berdoa dan mengadu kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar akan doa hambanya yang memerlukan pertolongan. seandainya doa diperkenankan, kemungkinan Dia akan menghantar dan menggerakkan hati seseorang untuk menolongnya.
Walau demikian, jika terdapat dikalangan kita yang betul-betul terdesak dan meminta pertolongan dari sahabat dan rakan taulan dengan terpaksa menyebut nama Allah dan bersumpah dengannya, seperti: "Demi Allah saya amat terdesak sekarang, tolonglah saya," dan tidak dibantu oleh mereka yang ditemui sedangkan mereka mampu membantunya.
jika terdapat orang yang betul-betul terdesak sehinggakan terpaksa menyebut nama Allah tetapi tidak diendahkan sedang mereka yang ditemui itu mampu memberi pertolongan, sesungguhnya mereka inilah yang merupakan sejahat-jahat manusia seperti yang digambarkan dalam hadis baginda. memang perkataan jahat sewajarnya diberikan bagi mereka ini keran sanggup membiarkan saudara mereka dalam kesempitan, sedangkan mampu memberi pertolongan.
pengajaran dari hadis ini:
- Apabila seseorang yang betul-betul terdesak menyeru nama Allah bagi memohon pertolongan kita mesti memberi pertolongan jika mampu, kerana kita akan termasuk dalam golongan manusia yang paling jahat jika tidak memberi pertolongan.
- Jangan memudahkan menggunakan nama Allah bagi tujuan kepentingan diri, kerana menyedari permintaan akan ditunaikan dengan menyebut dan menjaja nama Allah.
Isyarat mereka yang menggunakan perkataan ini sebenarnya merupakan isyarat kecemasan bagi mereka yang berada dalam kecemasan. jika terdapat golongan yang suka menggunakan isyarat ini sewenang-wenangnya ditakuti isyarat ini tidak dipedulikan lagi dan akan meninggalkan kesan yang buruk seterusnya ia tidak akan dipedulikan lagi oleh sesiapa yang yang mendenggarnya.
rujukan:
tazkirah Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat:Dewan Muslimat Sdn Bhd.Ogos 1997
No comments:
Post a Comment